NOTA

WELCOME TO BLOGGER TRAFFIC HELPER SITE
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGGER TRAFFIC HELP

THIS SITE WAS BUILD FOR ALL USER TO LEAVE THEIR WEBSITE/BLOG LINK TO BE ADD AS BACKLINK
LAMAN INI DIBINA UNTUK SEMUA PENGGUNA LAMAN WEB/BLOG MENINGGALKAN LINK MEREKA UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BACKLINK

ANDA BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN INI SEBAGAI RUJUKAN LINK KERANA ADMIN SENTIASA UPDATE LINK WEB/BLOG YANG BERADA DI RANKING TERBAIK

SUKAN/ATLET

LAWAK/JENAKA

NCER TARIK PELABURAN 10B


Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Ekonomi Utara (NCIA) menjangkakan sektor pelancongan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berkeupayaan menjadi penyumbang terbesar di dalam unjuran RM10 bilion yang diletakkan ke atas pelaburan swasta tahun ini dipacu pembangunan dua projek pelancongan berprestasi tinggi.

Pada fasa pertama pelan pembangunan NCER bermula 2008 hingga 2012, terdapat dua lokasi berpotensi sebagai menyumbang kepada pelaburan keseluruhan di wilayah berkenaan iaitu Langkawi dan Pulau Pinang. Sehingga tahun lalu, sumbangannya dijangkakan mencecah RM390 juta, namun masih jauh daripada RM12.3 bilion nilai pelaburan keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Redza Rafiq berkata, dua projek berpotensi tinggi yang dikenal pasti pihaknya iaitu Hutan Tropika Belum dan Bandar Warisan Taiping ketika ini dibangunkan secara agresif sebelum dapat dinikmati pelancong pada 2014.

Beliau berkata, dua lokasi penting dalam sektor pelancongan pada fasa pertamanya akan terus giat dibangunkan bagi menarik jumlah kehadiran pelancong setiap tahun dan dua lagi projek prestasi tinggi itu adalah tapak pelancongan yang dijangka meraih pendapatan lumayan di wilayah berkenaan pada masa depan.

“Sebelum ini, jumlah pelaburan sektor swasta di NCER banyak disumbang pembuatan dan pertanian. Untuk itu, bagi fasa kedua NCER kami ingin merubah landskap tumpuan pelaburan kepada sektor pelancongan yang akan memberi kesan positif kepada nilai pelaburan membabitkan sumber tenaga tempatan.

“Ini dapat dilihat menerusi projek Hutan Tropika Belum yang kami putuskan apabila ia siap sepenuhnya akan membabitkan penduduk di sekitarnya terdiri daripada orang asli. 8,000 peluang pekerjaan untuk 2013 juga tersedia,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) bersama Ingeliance Groupe (Ingeliance), di sini, semalam.

Beliau hadir bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Mahathir menyaksikan perjanjian usaha sama antara syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan digital Malaysia DreamEDGE dan syarikat kejuruteraan antarabangsa Ingeliance di mana kedua-duanya menandatangani perjanjian usaha dalam perkongsian kepakaran tenaga manusia.

Redza berkata, pihaknya turut meletakkan sasaran sebanyak 25 peratus daripada jumlah pelaburan keseluruhan tahun ini disumbangkan oleh pelaburan langsung domestik (DDI).

SUMBER : HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment

NUFFNANG

OhJobs : Info Kerja Anda