Pelakon Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan sengaja mendatangkan cedera kepada bekas suaminya, tahun lepas.
Sharifah Nadia Yusnita, 32, didakwa sengaja mendatangkan cedera dengan
mencakar tangan Lob Mahadir Abdul Syukur, 40, seorang ahli perniagaan di
Dewan Tan Sri Jeffrey Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang
Jaya pada 10.30 pagi 25 November 2012.
Pelakon yang pernah membintangi filem 'Diari Romeo' dan drama bersiri
'Dejavu Di Kinabalu' itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum
RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
MahkamAh telah menetapkan 22 April untuk sebutan.
sumber dari - Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment